LayarAngkasa

The Truth is Out There

Harga Petrol RM 1.80, Wajar ke?

“The retail price of petrol can dip as low as RM1.92 per litre, the price two years ago, if the world crude oil price drops to US$72 a barrel, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad said Friday.”

Inilah kata-kata menteri yang bertanggungjawab berkenaan harga minyak beberapa ketika dahulu. Tapi apa yang berlaku sekarang? Harga minyak mentah sudah menjunam $45 setong, tapi harga runcit petrol di pasaran RM 1.80 seliter. Persoalannya, wajarkah petrol di jual pada harga tersebut kepada rakyat?

raise-of-petrol-priceJika di nilai dengan lebih teliti, harga runcit petrol sepatutnya di turunkan lebih rendah berdasarkan kepada penurunan harga minyak mentah dunia. Dulu kerajaan beria-ia mengatakan bahawa kadar subsidi harus ditetapkan semula kerana kerajaan menaggung jumlah subsidi yang besar. Akan tetapi,  sekarang ini seolah-olah rakyat terpaksa membayar cukai kepada kerajaan.

Emm..entah lah, apa nk jadi dengan negara kita ni. Rakyat di tindas secara terang-terangan.

Ya Allah, bantulah kami dalam menghadapi musuh Mu!!!!!!

16/12/2008 Posted by | Dalam Negeri | Leave a comment

Harga petrol, diesel turun 10 sen lagi

Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini. c7abfd351151ab0e6dcdb66912a02dd1

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter. Penurunan harga minyak bagi kali ketujuh sejak Ogos lalu itu, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Abdullah berkata, penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter itu adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.

Berkuatkuasa tarikh yang sama juga, tambahnya, harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan diturunkan 13 sen seliter – dari RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter – sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini.

16/12/2008 Posted by | Dalam Negeri | Leave a comment