LayarAngkasa

The Truth is Out There

UM kurangkan pelajar ijazah pertama

Langkah Naib Cancelor UM untuk mengurangkan pengambilan pelajar ijazah pertama pada sesi akan datang dipandang positif dalam  usaha universiti tersebut meningkatkan rankingnya pada Times Higher Education Supplement dalam masa dua tahun akan datang. befb757aa1c99c3f2dbc8afdd57e3342

Naib Cancelor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata, Universiti Malaya (UM) kini menukar tumpuannya terhadap pengajian ijazah lanjutan dengan menambah jumlah tempat kursus dan mengurangkan pengambilan penuntut ijazah pertama.

Jika di imbas kembali, kedudukan UM telah menurun sejak 2006, apabila ia menduduki tempat ke-169 pada 2005 dan turun ke tangga 192 pada 2006. Ia menduduki tempat ke-245 tahun lepas dan meningkatkan semula ke tempat 230 pada tahun ini. Usaha ini adalah untuk memantapkan lagi UM dalam memberi tumpuan kepada kajian dan penyelidikan di samping menjadikannya sebuah universiti yang unggul.

Sebagai salah seorang yang pernah menjejakkan kaki ke UM, saya turut berbangga sekiranya ranking UM sebagai sebuah universiti yang terunggul di Malaysia dapat di kembalikan.

Namun, apakah nasib bakal-bakal pelajar ijazah pertama yang memohon untuk masuk ke UM? Mereka mungkin tercicir daripada memasuki universiti itu. Ini bermakna, jumlah pelajar yang diterima untuk memasuki UM akan berkurangan dan merit yang dikira akan menjadi lebih ketat.

0004f5Jika dinilai dari sudut purata pelajar yang akan memasuki UM, jelas kepada kita bahawa jumlah yang diterima menjadi sedikit dan ramai pelajar-pelajar lepasan SPM,  matrikulasi atau STPM tidak akan mendapat tempat di UM. Akan tetapi, jika kita melihat dari sudut yang berbeza, kita melihat pelajar-pelajar ini akan bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat di UM nanti. Secara khususnya, tahap pencapaian pelajar-pelajar di sekolah akan meningkat. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menduduki tempat di UM.

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Naib Canselor UM yang baru.

Advertisements

17/12/2008 Posted by | Dalam Negeri | Leave a comment