LayarAngkasa

The Truth is Out There

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja – Guan Eng

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) – Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini292x300hj815w03, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng(gambar).

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai. “Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter. “Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini,” kata Guan Eng.

pencawang-kBercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.  “Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter,” katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna. “Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik,” kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini.

Sumber: Harakah Daily

18/12/2008 Posted by | Dalam Negeri | 2 Comments