LayarAngkasa

The Truth is Out There

Malaysia cadang langkah mengenai Palestin di Mesyuarat OIC

KUALA LUMPUR 11 Jan. — Malaysia merancang untuk mengemukakan cadangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan datang, yang bertujuan menghentikan pembunuhan dan penyiksaan terhadap penduduk Palestin ekoran pencerobohan Israel di Gaza.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan berusaha untuk mendapatkan persetujuan kesemua negara anggota OIC bahawa apa yang berlaku di Palestin tidak kurang daripada “pembersihan etnik” atau penghapusan bangsa.

“Apa yang telah kita saksikan sejak dua minggu lepas adalah semata-mata satu penyembelihan. Tidak banyak negara di dunia yang dapat berdepan dengan kekuatan dan kekuasaan bala tentera Israel.

“Apakah yang dapat dilakukan oleh penduduk Palestin apabila mereka dikepung dan dinafikan keperluan asas selama ini?” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ahmad Shabery, yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan OIC kali ke-8 di Rabat, Maghribi, dari 25 hingga 28 Jan, berkata beliau akan turut berusaha mendapatkan persetujuan anggota OIC untuk menganggap Gaza dan Tebing Barat sebagai kem pengasingan besar yang diwujudkan oleh rejim Tel Aviv untuk penduduk Palestin yang telah diusir dari kediaman dan tanah air yang mereka warisi sejak turun temurun.

— BERNAMA

Advertisements

11/01/2009 Posted by | Layar Angkasa | Leave a comment

Sekitar Demonstrasi di Hadapan Kedutaan Amerika.

Sekitar Demonstrasi di Hadapan Kedutaan Amerika.

dsc02141

dsc02131

dsc02130

dsc02127

dsc02122

dsc004442

dsc004421

dsc00441

dsc00439

dsc004371

dsc00432

09/01/2009 Posted by | Layar Angkasa | Leave a comment

Lebih 5,000 banjiri kedutaan Amerika, kasut jadi simbol

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) – Kebencian penuh kesumat dan amarah yang masih membara di hati terhadap kebinatangan rejim Zionis Israel tidak dapat dibendung lagi apabila sejumlah 5,000 umat Islam dan rakyat Malaysia berhimpun menyatakan bantahan terhadap pembunuhan zalim sejumlah lebih 700 penduduk Palsetin di Gaza sejak 27 Disember lalu.

Kedutaan Amerika menjadi sasaran utama demonstrasi besar-besaran itu anjuran PAS dan pelbagai NGO yang dipimpin oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub. Turut serta Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Dato’ Husam Musa dan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli. Diiringi juga oleh pemimpin parti Sosialis Dr Nasir, Arutchelvan dan Ketua Angkatan Muda KeADILan Selangor Khairul Anwar.

Pelbagai slogan dan sepanduk dinaikkan antaranya “Boikot Produk Amerika” “Stop Holocaust in Palestine” dan “Support Palestin” di samping laungan kemarahan orang ramai seperti “Jahanam Israel!” “Hancur Yahudi!” berkumandang di pekarangan kedutaan tersebut yang turut menarik perhatian dan menjadikan Jalan Tun Razak Kuala Lumpur sesak oleh kenderaan-kenderaan yang terpaksa berhenti memberi laluan kepada perhimpunan tersebut.

Perhimpunan dimulakan di pekarangan kompleks Tabung Haji dengan ucapan membakar semangat antaranya oleh Dr Hatta Ramli dan wakil-wakil NGO Islam yang lain yang mengecam dan mengutuk tindakan jahat Zionis itu.

Dalam keadaan displin orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kedutaan Amerika sambil mengangkat sepanduk dan gambar – gambar menyayat hati mangsa pembunuhan di Gaza Palestin sambil melaungkan kalimah “Lailahaillah”. Pimpinan PAS dan NGO lain sambil berpegang tangan berucap mengutuk Amerika yang menjadi dalang keganasan Israel dan menyampaikan memo bantahan.

Seorang wakil kedutaan Amerika secara angkuh mengambil memo di pintu pagar lalu terus memasuki semula kedutaan.

Menarik perhatian ramai, sekumpulan peserta mengangkat dua replika mayat kanak-kanak yang siap dikafankan seperti jenazah dan berlumuran darah yang dibawa ke hadapan kedutaan sebagai ingatan kepada kebiadapan Amerika membantu Israel membunuh kanak-kanak tidak berdosa.

Turut mencuri tumpuan ialah terdapat para peserta yang mengangkat kasut-kasut memberi isyarat seolah-olah penghinaan terhadap Presiden Amerika George W Bush yang dilempar kasut oleh wartawan Iraq Muntazer al-Zaidi kerana kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Muntazer seraya menjerit dalam bahasa Arab,”ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!’ Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jeritnya sambi membaling kasut

Selain itu, terdapat ramai juga masyarakat berbilang bangsa seperti India dan Cina yang turut serta menyertai di samping keberanian yang ditunjukkan oleh puluhan kaum wanita yang tidak melepaskan peluang menyatakan bantahan yang sama.

Terdapat sejumlah 50 anggota polis dan simpanan persekutuan (FRU), kehadiran mereka dilihat sekadar memantau perjalanan himpunan aman tersebut dan setakat ini tiada sebarang insiden yang tidak diingini dan tangkapan berlaku.

Dalam pada itu sesiapa yang berhasrat untuk menyumbang dana bagi membantu meringan beban penduduk Palestin bolehlah dimajukan ke Tabung Palestin di nombor akaun Maybank 564070703248 atas nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA…

09/01/2009 Posted by | Layar Angkasa | Leave a comment